Ad :)

22.1.12

20 trillionnnnn!!!

Nasib baik kena sebut je 20-trillion. Kalau disuruh kira sampai 20-trillion, tak tau berapa lama baru boleh habis... TERKINI....mesti gempar seluruh dunia....



Anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion). Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.


Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Kita tunggu update selanjutnya.....

No comments:

Post a Comment