Ad :)

21.1.12

7 Karung Syiling...


Cerita menarik di China. 

Wang, seorang peniaga, membeli sebuah kereta menggunakan duit syiling di China.

Pengusaha perniagaan tepung itu, tiba dengan menaikki van di sebuah kedai kereta di Xianyang di wilayah Shaanxi, China. Dia membuka bonet kenderaanya dan membawa keluar .....
7 karung duit syiling untuk diserahkan kepada pengurus yang menguruskan jual beli kereta di kedai tersebut.


"Saya nak beli sebuah kereta, Saya ada wang tunai 60,000 yuan (RM27,756)," katanya sambil menyatakan bahawa keseluruhan duit syilingnya itu beratnya kira-kira 300 Kg.

Menurut Wang, dia mengumpulkan kira-kira 10,000 yuan (RM4,626) duit syiling setiap bulan yang diperolehi dari para pelanggannya termasuk peniaga roti dan pemilik kilang mee.

Bagaimanapun, pengurus kedai kereta tersebut telah mengalami masaalah untuk mendapatkan bank yang boleh menerima pembayaran yang lain dari yang lain itu, memandangkan proses mengira jumlahnya bukan sesuatu yang mudah.


Akhirnya, dia berjaya menemukan sebuah bank yang hanya bersetuju untuk menerima sebahagian duit berjumlah 15,000 yuan (RM6,940) daripada keseluruhan syiling itu.

Dalam masa yang sama, Wang pula terpaksa mencari bank lain yang boleh menerima untuk memasukkan sejumlah syiling lagi ke dalam akaun bank penjual kereta sebagai transaksi pembelian kereta tersebut.

Wang bermenung panjang dan bermasam muka memandangkan dia tidak boleh memandu pulang kereta yang sudah dibelinya sehingga pihak bank selesai mengira kesemua duit syiling tersebut

source: http://milosuam.blogspot.com

No comments:

Post a Comment