Ad :)

3.1.12

FB jadi tempat cari buah pinggang @ kidney


Siapa kata FB tak mendatangkan manafaat? Ada banyak gunanya laman sosial ni jika kita gunakan ia untuk perkara-perkara yang berfaedah. 
Banyak kisah-kisah sedih yang di 'share' di FB dengan harapan dapat kumpul derma untuk pesakit berpenyakit ganjil,  orang-orang miskin mahupun mereka yang menderita akibat kanser dsbnya. 
Mencari calon penderma organ bukanlah perkara yang mudah. Jika dihospital, selalunya memakan masa yang lama - bertahun-tahun untuk dapatkan penderma organ yang sesuai.
Di Seattle......


... seorang bapa, Damon Brown memperoleh satu buah pinggang menerusi Facebook selepas memberitahu kisahnya di muka surat khas yang dihasilkan dengan menggunakan namanya, Damon Kidney.
Rakan-rakan dan keluarganya kemudian menghantar kisahnya kepada setiap orang yang mereka kenali.
Dia kemudian memperoleh satu buah pinggang daripada seorang wanita yang dikenali oleh isterinya sejak bertahun-tahun.
"Dia (wanita itu) menyatakan buah pinggang itu bukan sebenarnya untuk saya. Ia adalah untuk anak-anak saya kerana mereka sepatutnya mempunyai seorang bapa," kata Brown yang berusia 38 tahun.
Menurutnya, dia berasa malu kerana terpaksa meminta pertolongan daripada orang awam. Brown yang mempunyai dua anak telah merahsiakan penyakitnya itu.
Di Michigan, seorang lelaki turut mendapat buah pinggang melalui seorang penderma menerusi Facebook manakala seorang wanita di Florida mendapat buah pinggang menerusi laman Craigslist.
Jurucakap Rangkaian Bersatu Untuk Perkongsian Organ, April Paschke menyatakan, sebelum kewujudan Internet, orang ramai menggunakan buletin gereja, perbualan dan iklan untuk mencari buah pinggang. - Agensi

No comments:

Post a Comment