Ad :)

16.1.12

Suami tampan tingkatkan peluang isteri hamil...


Baru ini KakLong tahu yang penampilan fizikal dan ketampanan seseorang lelaki mempunyai fungsi besar untuk meningkatkan peluang kehamilan pasangannya. 

Ya ke? Betul ke? Nak tahu, baca sampai habis ...

...ini menurut satu kajian di sebuah U di Amerika yang mendapati daya tarikan fizikal lelaki mempunyai kaitan dengan kepuasan bercinta bagi pasangannya dan mempengaruhi peluang kehamilan. 

Mereka jalankan kajian ke atas 110 pasangan dari pelbagai wilayah di Amerika, mengambil gambar lelaki2 terbabit serta mengukur bentuk badan berdasarkan penilaian tubuh yang ideal. 

Responden wanita kemudian diminta membuat penilaian berdasarkan susunan gambar dan tahap kepuasan ketika bercinta dan berasmara. 

Hasil penelitian yang dijalankan menunjukkan, wanita memperoleh lebih kepuasan jika pasangannya mempunyai tubuh dan wajah menarik. Mereka juga mendapati responden wanita yang mempunyai pasangan tampan, cenderung untuk mempunyai ramai anak. 

Walaubagaimanapun, hasil kajian itu menimbulkan kontroversi. Ia menyebabkan lelaki-lelaki tampan lebih ego dan ...apa lagi ...diaorg memang perasan habis le... 

Seorang pakar kesihatan dan terapi seks di NZ berkata beliau meragui wujudnya kaitan antara kepuasan bersama pasangan tampan dengan peningkatan peluang hamil. "Ia satu faktor tapi bukan faktor utama." 

~ apa kata anda?

No comments:

Post a Comment